Friday 30 December 2011

EDISI 2012 :MENJANA WANG SAMPINGAN UNTUK KOCEK ANDA - BISNES SENDIRI


COTTON ENGLISH 100%..BONITA!!

BLOUSE..TAK TERPIKAT KE?

AKSESORI KANAK-KANAK..SO LOVELY YOSH!

KELIMA


Jual barang untuk dapat pendapatan sampingan. Contohnya kita jual barangan mekap, minyak wangi, losyen badan, kebaya pasang atau telekung dari Indonesia, aksesori wanita, kek lapis serawak, detox patch, kain pasang, baju bayi dan kanak-kanak, jubah, kaftan serta tudung.  Jika anda ingin menjadi sebahagian dari kami silalah lawati website dan blog kami. Modal pun taklah banyak sangat lebih kurang RM500.00-RM1,000.00. (lihat pada barang kos barangan yang ingin dijual),  jika ada kenalan dari negara seberang mungkin anda akan dapat menjalinkan perniagaan bersama kerana nilai mata wang mereka rendah oleh itu anda boleh mendapat semaksimum keuntungan. Atau anda boleh ambil barang dari kawan-kawan yang berniaga sudah tentu mereka boleh dapat harga bundel yang murah dari pembekal, bagi deposit barang kat kawan anda jadi anda tidak perlu keluarkan modal (Carilah kawan yang mempercayai anda) dan semua keuntungan anda yang punya. Misalnya jual barangan mekap, anda boleh tentukan harga nya sendiri. Sekurang-kurangnya anda akan dapat keuntungan dalam RM400-RM500 sebulan jika rajin menjual lagilah lebih untung mungkin lebih RM10,000.00.

EDISI 2012 :MENJANA WANG SAMPINGAN UNTUK KOCEK ANDA - KEMAHIRAN

Cup Cake..Yummy

Tudung Ala-CT..nice

Home Made Coklat..WoW! 

KEEMPAT


Jika anda mempunyai kemahiran membuat 'corporate gift', biskut raya, sulaman tangan, sulaman manik, tudung ala CT, membuat cokelat kek, membuat cup kek, home made coklat, make up pengantin, jurufoto pengantin dan sebagainya. Gunalah kemahiran anda itu untuk membuat duit dari rumah. Tak sia-sia bakat anda yang boleh menjana wang sampingan daripada menghabiskan masa menonton tv. Saya mengambil contoh membuat tudung ala CT. Harga dan keuntungan anda boleh congak sendiri kerana ia mengikut harga kain dan jenis patern yang anda hias di tudung tersebut. Katakan anda mengambil untung sahaja untuk satu tudung berharga RM30.00,  maka jika anda mendapat tempahan untuk 10 orang anda sudah dapat RM300.00. Berapa hari pula anda boleh siapkan tudung tersebut. Jika 5 helai sehari, anda sudah dapat RM150.00 kalau 30 hari, anda akan mendapat RM4,500.00. Tidak mudahkah lagi cara mendapat wang?

EDISI 2012 :MENJANA WANG SAMPINGAN UNTUK KOCEK ANDA - AMANAH SAHAM




KETIGA

Jika anda seorang yang berjimat cermat sudah tentu anda tidak keberatan menyimpan wang gaji anda di bank. Tak kisahlah berapa yang anda ingin simpan janji wang anda akan terus bertambah dari masa ke semasa. Jika anda menyimpan wang sebanyak RM300.00 sebulan. Maka anda akan dapat jumlah wang sebanyak RM7,000.00 jika anda menyimpan selama 2 tahun. Jadi bagi sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga anda bolehlah memulakan simpanan anda mulai dari sekarang. Mudah bukan dengan hanya menyimpan anda telah mengumpul wang sebanyak itu. Dan lagi mudah jika anda dapat menggandakan wang anda dengan amanah saham. Apa yang perlu anda buat ialah masukkan wang anda didalam mana-mana amanah saham yang ada untuk mendapat dividen. Jika dividen yang diberikan sebanyak 6%-7% dan wang anda dalam lingkungan RM10,000.00 anda telah dapat dividen saham diantara RM400-RM500 setahun, dan jika dividen yang diberi adalah 15%-20% anda akan mendapat RM1,500-RM2,000 setahun, mudah bukan.

EDISI 2012 :MENJANA WANG SAMPINGAN UNTUK KOCEK ANDA - HOBI



KEDUA

Jika anda mempunyai hobi, apakata mulai dari sekarang jadikan hobi mengumpul wang syiling  50 sen. Tak kiralah satu hari anda ada RM2.00 wang syiling 50 sen. Masukkan sahaja dalam tabung anda. Katakan anda menyimpan 50 sen setiap hari dalam masa 30 hari anda akan mendapat RM15.00 dan setahun anda akan mendapat RM180.00. Wow! Tak sia-sialah anda  mengumpul wang syiling sebagai hobi. Dan tidak semestinya sehari anda menyimpan 50 sen dan mungkin lebih, berapa pulak wang yang bakal anda dapat dengan cara mudah ini. Tidak semestinya wang syiling saja, wang kertas juga boleh dijadikan sebagai hobi jika mahu. Wang kertas lama juga bernilai jika anda seorang penggemar mengumpul wang syiling atau wang kertas lama maka tak sia-sialah usaha anda kerana nilai wang kertas lama boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar wang tersebut.

Monday 26 December 2011

EDISI 2012 :MENJANA WANG SAMPINGAN UNTUK KOCEK ANDA - PEROKOK



PERTAMA

Jika anda seorang perokok, alangkah baiknya duit yang diperuntukkan untuk membeli sekotak rokok yang berharga RM6.40 itu disimpan. Jika 30 hari anda menyimpan sebanyak RM6.40, anda akan mengumpul sebanyak RM192.00. Dan anda akan mendapat RM2,304.00 setahun, tidakkah anda ingin mendapat duit secara mudah seperti ini. Ini adalah contoh harga rokok yang paling minimum, dan jika anda membeli yang mahal pula maka congaklah setahun yang bakal anda dapat. Sekarang ini pun rokok 14 batang telah diharamkan, harga rokok 20 batang pun  mahal. Haa..bagi penggemar rokok congaklah kalau harga rokok 20 batang itu anda simpan dalam masa setahun. 

Saturday 17 December 2011

PENGENALAN- EDISI 2012 :MENJANA WANG SAMPINGAN UNTUK KOCEK ANDA



Hari ini kita lihat ramai yang mencari pendapatan sampingan. Dan yang paling kita suka sekali buat ialah berniaga.  Hasil pendapatannya lumayan sudah tentu ramai yang inginkan. Tak hairan juga ada yang suka cari duit mudah iaitu melabur dengan skim cepat kaya, skim piramid dan bermacam-macam lagi.  Jangan buat begitu, apa kata wang tersebut anda buat begini. Mari saya tunjukkan Tips: 13 cara mudah untuk hasilkan wang. Cara ini amat sesuai untuk yang mencari wang sampingan tetapi menggunakan modal yang kecil. Pasti anda teruja untuk mengetahui apakah 13 tips yang saya sebutkan dapat membantu anda melabur wang anda ketempat yang sepatutnya.Mungkin diantara 13 tips tersebut anda biasa buat. Teruskanlah usaha itu, mungkin anda boleh menambah lagi hasil wang anda dengan beberapa cara yang saya beri dibawah ini. Kemungkinan anda tidak pernah terpikir idea ini, tips yang pertama hingga ketiga memang mudah untuk anda cuba, tapi tips yang seterusnya anda memerlukan sedikit modal bagi melaksanakannya. Sekarang target kita adalah untuk mencari wang sampingan..apalagi ambillah tindakkan dari sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...